Saya telah dijemput untuk memberikan satu ceramah yang bertajuk “Latest Development of Geomatics in Malaysia” sempena program Geomatic-Day 2011 anjuran Jabatan Sains Ukur dan Geomatik & Persatuan Pelajar GEOMASS, UiTM telah di adakan pada 7 Mac 2011 bertempat di UiTM Shah Alam.
Semoga ianya dapat memberi pengetahuan yang berguna kepada peserta / pelajar mengenai pelbagai pembaharuan serta pemodenan dan perkembangan teknologi terkini dalam bidang ukur dan pemetaan.

Pada 9 Mac 2011 bertempat di Dewan Ukur, Ibu Pejabat JUPEM, saya telah mempengerusikan satu majlis dialog dengan Kumpulan Sokongan II (Gred 1-16) JUPEM. Seramai 152 orang kakitangan yang bertugas di Ibu Pejabat JUPEM, JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur/Putrajaya dan juga dari Cawangan Topografi Wilayah Barat telah hadir ke majlis ini.
Majlis dialog ini merupakan satu forum yang julung kali diadakan di JUPEM adalah untuk memberi ruang kepada kakitangan berinteraksi secara terus dengan pihak pengurusan tertinggi.
Saya berharap agar forum ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak sama ada di Pihak Pengurusan mahupun pihak kakitangan turutama dalam menyelesaikan pelbagai isu dan kemusykilan berkaitan pengurusan jabatan disamping boleh membuka ruang kepada kakitangan untuk menyalurkan idea penambahbaikan secara terus kepada Pihak Pengurusan kearah meningkatkan mutu perkhidmatan awam khususnya kepada JUPEM.
Saya juga merancang untuk mengadakan forum seperti ini pada masa akan datang dengan melibatkan semua kakitangan Kumpulan Sokongan termasuk kakitangan di JUPEM negeri dan daerah secara berfasa.

Seminar on Geographical Names telah diadakan dengan jayanya di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada pada 21 Februari 2011. Seminar dan mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Seramai 182 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari JUPEM, jabatan / agensi kerajaan persekutuan yang menganggotai JKNG, Unit Perancang Ekonomi Negeri, pihak-pihak berkuasa tempatan, institusi-institusi pengajian tinggi serta agensi-agensi yang berkaitan dengan aktiviti penamaan geografi telah menghadiri Seminar on Geographical Names.
Melalui kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan oleh negara-negara ahli UNGEGN ASEPSW berkaitan dengan aktiviti penamaan geografi, telah memberi peluang kepada peserta seminar untuk bertukar pendapat dan pandangan serta pengalaman dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti penamaan geografi. Selain daripada itu, kertas kerja yang dibentangkan oleh penceramah tempatan iaitu Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim daripada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya berkenaan Naming Places in Malaysia: A Historical Perspective telah menarik minat peserta dan memberi kesedaran tentang kepentingan sejarah bagi sesuatu tempat untuk direkodkan dan juga supaya faktor sejarah diambil kira di dalam penamaan sesuatu tempat.
Seminar on Geographical Names telah diadakan dengan jayanya di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada pada 21 Februari 2011. Seminar dan mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Seramai 182 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dari JUPEM, jabatan / agensi kerajaan persekutuan yang menganggotai JKNG, Unit Perancang Ekonomi Negeri, pihak-pihak berkuasa tempatan, institusi-institusi pengajian tinggi serta agensi-agensi yang berkaitan dengan aktiviti penamaan geografi telah menghadiri Seminar on Geographical Names.
Melalui kertas-kertas kerja yang telah dibentangkan oleh negara-negara ahli UNGEGN ASEPSW berkaitan dengan aktiviti penamaan geografi, telah memberi peluang kepada peserta seminar untuk bertukar pendapat dan pandangan serta pengalaman dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti penamaan geografi. Selain daripada itu, kertas kerja yang dibentangkan oleh penceramah tempatan iaitu Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim daripada Jabatan Sejarah, Universiti Malaya berkenaan Naming Places in

Satu majlis makan malam telah dianjurkan sempena persaraan wajib 3 orang pegawai kanan JUPEM pada 10 Januari 2011 di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Tiga orang pegawai kanan yang diraikan adalah Tuan Haji Muhammed Kamil bin Mat Daud, KMN, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), En. Mohamed Azhari bin Mohamed Zainudin, KMN, Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak dan Tuan Haji Mohamed bin Yunus, KMN,AMN, Pengarah Ukur dan Pemetaan Kelantan.
Dikesempatan ini juga, kita turut menjemput pegawai-pegawai yang bersara pilihan iaitu Tn. Hj. Mohd Rozi bin Latip, Tuan Haji Amran bin Omar Tn. Hj. Rosli bin Wahab dan En. Fadzilah bin Che Ros, untuk diraikan bersama.
Saya bagi pihak jabatan, ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai-pegawai yang telah begitu banyak berjasa serta menabur bakti sepanjang tempoh perkhidmatan di JUPEM. Saya juga mendoakan semoga sentiasa beroleh kesihatan yang baik dan semoga Allah memberkati kehidupan dan segala usaha yang akan dilaksanakan kelak.

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 1/2011 yang telah diadakan pada 10 – 11 Januari 2011 di Bilik Mesyuarat Mutiara Tingkat 15, Wisma JUPEM, Ibu Pejabat JUPEM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Ahli-ahli mesyuarat yang telah hadir terdiri daripada Pengurusan Tertinggi JUPEM serta semua Pengarah Seksyen dan Pengarah Ukur Negeri.
Dalam mesyuarat kali ini telah membincangkan mengenai pembentangan Laporan Prestasi Tahun 2010 dan Perancangan Prestasi Tahun 2011 bagi setiap bahagian iaitu Bahagian Pemetaan, Bahagian Kadaster dan Bahagian Geospatial Pertahanan.

Perutusan Amanat Tahun Baharu 2011 oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah di adakan pada 10 Januari 2011 bertempat di Dewan Ukur JUPEM, Ibu Pejabat JUPEM Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadir terdiri daripada Pengurusan Tertinggi JUPEM Pengarah-pengarah Seksyen, Pengarah-pengarah Ukur Negeri serta warga Ibu Pejabat JUPEM dan pegawai-pegawai daripada jawatan kader JUPEM.
Saya melahirkan rasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT di atas semua kejayaan dan pencapaian kita sepanjang tahun 2010 dan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua warga JUPEM di atas segala sokongan, dan kerjasama serta tanggungjawab yang telah ditunaikan demi kecemerlangan JUPEM.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Majlis Amanat tahun ini. Semoga tahun 2011 ini akan membawa JUPEM ke arah kejayaan yang penuh cemerlang, berinovatif dan berdaya saing serta akan terus unggul di dalam perkhidmatan awam.
Program Transformasi dan Team Building bagi Pengurusan Tertinggi JUPEM telah di adakan pada 7 – 9 Januari 2011 bertempat di Bukit Tinggi, Pahang. Seramai 41 orang peserta telah hadir pada program ini yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi JUPEM serta pegawai-pegawai kanan JUPEM.
Saya berharap program ini dapat mencapai objektifnya yang mana program ini di buat bertujuan bagi membincangkan langkah-langkah untuk memperkasakan sistem penyampaian sedia ada serta membentuk pegawai yang dapat bekerjasama secara menyeluruh dan berkesan dalam satu pasukan.